Isnin, 29 November 2010

SEJARAH BOLA SEPAK KELANTAN


Sejarah dalam bolasepak negara apabila kelantan menjadi pasukan negeri pertama bermain di liga FAM pada tahun 2005. Biasanya hanya pasukan kelab dari negeri sahaja yg bermain di liga ini. Antara faktor utama, kelantan terjerumus ke liga fam ialah ialah masalah pengurusan dan bebanan kewangan.Pada waktu itu juga ramai pemain-pemain kelantan telah berhijrah keluar negeri termasuklah yang menjadi tonggok pasukan kelantan sekarang.
Menyedari kelantan mempunyai potensi untuk terus maju, Tan Sri Annuar Musa bersetuju mengambil alih pucuk pimpinan kafa melalui AGM kafa pada akhir 2007. Dibawah pimpinan TSAM pada 2008, kelantan mula mendapat perhatian di kalangan peminat-peminat bolasepak negara walupun ketika itu,kelantan bermain di liga perdana. Antara yang menyinarkan team kelate pada ketika itu ialah pemain import kelantan Muhamadul mustapha yang menrupokan penjaring utama pasukan kelate.
Pada thun 2009,Apabila peraturan FAM tidak membenarkan pemain import bermain di liga malaysia, TSAM telah membawa beberapa nama besar untuk membarisi kebelasaan utama pasukan kelantan, antaranya ialah indra,khalid jamlus,nor frhan, daudsu dan azlan zainal.sehinggakan kelantan di kenali sebagai Macester city malaysia oleh media. Rezeki buat kelantan apabila FAM menawarkan kelate bermain di liga super ekoran penarikan diri pasukan liga super PDRM (pdrm tarik balik kputusannya). sehinggakan kelantan di kenali sebagai Macester city malaysia oleh media.
Pada tahun ini (09), sejarah tercipta apabila pasukan kelantan layak ke final piala FA dan piala Malaysia. Kekurangan dari segi pengalaman pemain muda antara faktor kekalahan kelantan kpd Selangor (piala FA) dan Negeri Sembilan (piala Malaysia).
Yakin dengan pretasi lepas pasukan kelantan, pada tahun 2010 TSAM membawa masuk beberapa pemain lagi untuk memperkemaskan barisan pertahanan dan jentera depan kelantan. Walaupun di kritik oleh banyak pihak keran terlalu ramai pemain luar, Strategi TSAM menjadi kenyataan apabila berjaya menjulang piala Malaysia buat kali pertama setelah layak tiga kali ke final sejak piala itu di adakan 89 tahun lepas.
Benar kata cerdik pandai, "untuk mendapatkan amat sukar tetapi lebih sukar untuk mempertahankan".
Dengan penghijrahan beberapa pemain utama yg menjadi tonggok pasukan kelantan, adakah kelantan mampu mempertahankan piala malaysia untuk musin berikut nya?
kongsikAN PENDAPAT ANDA DI SINI.

http://kelate.net/forum/viewtopic.php?f=45&t=432&start=0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger