Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kamu boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta kamu bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di
dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar
didalam hati kamu. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut.Carilah seseorang yang membuatkan
kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuatkan hati kamu tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramatkan rindukan
seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari
mimpi kamu dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin kamu
mimpikan,pergilah ke mana-mana yang ingin kamu tujui dan jadilah apa
yang kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.
Semoga kamu memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kamu
menarik,percubaan yang cukup untuk membuatkan kamu kuat,kesedihan
yang cukup untuk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan kamu bahagia.Selalu bayangkan diri kamu di dalam
kasut seseorang.Jika kamu rasa ianya menyakitkan kamu,fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik.Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan