Rabu, 15 Disember 2010

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat
warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir
kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada
orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?"

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu
membasuh semua anggota wudhu'dengan air. Sementara wudhu'
batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

 
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke
masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah
ada dihadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah
kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan
pula bahawa aku seolah-olah berdiri diatas titian
'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya,
kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku
bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana
membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan
dengan Hatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger