Rabu, 15 Disember 2010

Khusyuk Solat


Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah
dengan melakukan beberapa perkara :

1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil
    tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang.
    Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan
    sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan
    perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan
    kepada pengertian bacaan-bacaan itu.

2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat
    bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa
    memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu,
    tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan
    dan berkhayal dalam sembahyang.

3. Untuk membantu supaya dia dapat khusyuk dalam sembahyang,
    eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk
    mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca surah
    An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.

Adapun faedah-faedah yang boleh didapati daripada
kekhusyukan sembahyang itu, sesetengah daripadanya ialah
dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada
Allah.  Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati
oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya.

Selain daripada itu, sembahyang yang benar-benar berfungsi untuk
mencegah perkara maksiat dan mungkar ialah sembahyang yang khusyuk,
didirikan semata-mata kerana Allah.

Seperti firman Allah yang di dalam Surah Al-Ankabut,
ayat 45 bermaksud :

"Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara
 jahat dan mungkar."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger